Since Ramai Tanya Apa KakFel buat untuk perlahan keluar dan putuskan Sihir. Antara yg kerap buat sebab Mudah ialah Mandi Wuduk. MANDI WUDUK Amalan Ikhtiar Putuskan Sihir , Ain & Gangguan Jin NIAT: “Sahaja aku mandi untuk memutuskan segala sihir dan gangguan jin kerana Allah Ta’ala.” (niat dalam hati sambil mulakan mandi) LANGKAH-LANGKAH: 1. Mandi Seperti Mandi Wajib: • Siram seluruh badan, pastikan air kena semua tempat • Bersihkan tempat sensitif, belakang telinga, celah jari, dan kawasan ari-ari (tempat sihir mudah melekat) Tambahan : Boleh ja nak letak daun bidara ke Garam bukit ke kalau takda mandi biasa shj. 2. Ambil Air Wuduk Seperti Biasa: • Basuh muka, tangan, sapu kepala, telinga, kaki • Tapi jangan biar air jatuh ke lantai, tadah setiap basuhan ke dalam baldi atau bekas 3. Selepas selesai wuduk, ambil air dari baldi tadi dan bilas seluruh badan sekali lagi. • Niatkan dalam hati: “Ya Allah, sucikanlah aku, putuskanlah segala sihir yang mengikat diriku dari luar dan dalam.” KHAS UNTUK SUAMI ISTERI YANG KENA SIHIR PEMISAH: • Mandi bersama (jika sesuai dan boleh) • Ambil wuduk dalam baldi yang sama • Selepas wuduk, bilas tubuh masing-masing dengan air wuduk yang dikumpul tadi • Baca doa dalam hati: “Ya Allah, satukan kembali hati kami yang telah dipisahkan sihir, putuskan segala ikatan batin yang dibuat oleh musuh-Mu.” BILA SESUAI BUAT: • Waktu awal pagi (Subuh) atau selepas Maghrib • Bila rasa emosi dingin tanpa sebab, malas solat, ragu-ragu dengan pasangan, rasa nak lari dari rumah, mimpi buruk KESAN SELEPAS MANDI: • Badan lebih ringan • Hati lebih tenang • Hubungan suami isteri makin lembut dan mesra • Gangguan mimpi dan rasa ‘berat’ hilang perlahan-lahan inshaAllah. kongsi banyak2 semoga membantu. #KakFelMenulis #tipsfelinnafattah #tipsfelinnanadea
Nasihat pendek untuk suami: “Suami… Doa dari suami adalah pelindung paling kuat untuk hati seorang isteri. Bila suami doakan dia dalam diam… Itulah bukti cinta paling tulus — antara suami, isteri dan Allah #KakFelMenulis #tipsfelinnafattah #tipsfelinnanadea
(UNTUK DUNIA, AKHIRAT & RUMAHTANGGA) “Ya Allah… Tuhan yang Maha Mendengar segala bisikan hati… Aku datang kepada-Mu dalam keadaan letih, Letih memikul rasa, letih menahan air mata, Tapi aku tetap yakin… Engkau Maha Penyayang, Engkau tak akan biar aku sendiri. Ya Allah… Tenangkan jiwaku yang bergelora. Lapangkan fikiranku dari rasa bersalah yang memakan hati. Redakan luka yang aku sembunyikan dari semua orang. Aku mohon, berikan aku ketenangan di dunia ini, Dan keselamatan di akhirat nanti. Ya Allah… Jadikanlah rumahtanggaku sakinah, mawaddah wa rahmah. Jadikan pasanganku sahabat dan pelindung jiwaku. Lembutkan hatinya, kuatkan imannya, dan teguhkan cintanya padaku kerana-Mu. Jika masih ada sisa luka antara kami, Sembuhkanlah dengan kasih-Mu Ya Allah… Tautkan hati kami semula, bukan kerana dunia… Tapi kerana kami ingin bersama ke syurga. Ya Allah… Jika ada hasad, sihir, atau manusia yang cuba memisahkan kami, Maka Engkau hancurkanlah rancangan mereka, Lindungilah rumah tangga ini dari mata-mata yang ingin melihat kami rebah. Berikan kami cinta yang Engkau redhai, Dan jadikan aku pasangan yang menyejukkan mata dan penenang hatinya. Ya Allah… Lindungilah anak-anakku, Pimpin mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,Yang akan membawaku ke syurga-Mu. Jadikan mereka insan yang penyayang, kuat jiwa, dan tinggi adabnya. Pelihara mereka dari fitnah dunia, dan kukuhkan iman mereka sejak kecil. Ya Allah… Rahmatilah ibu bapaku dan adik beradikku.. Ampunkan dosa mereka, bahagiakan usia tua mereka, Dan jadikan mereka ahli syurga-Mu tanpa hisab. Dan untuk semua yang pernah membantuku, menyokongku waktu aku jatuh, guru guru ku... Kau balaslah mereka dengan selaut rahmat dan kebaikan. Ya Allah… Berkatilah perniagaanku, Limpahkan rezeki yang luas dan berkat, Permudahkan segala urusan, dan jauhkan dari tipu daya manusia. Cukupkanlah keperluan kami, dan lunaskan segala hutang-hutang yang membelenggu. Jadikan bisnesku asbab untuk bantu lebih ramai, dan jadi saham akhiratku kelak. Dan Ya Allah… Andai saat ajalku tiba, Matikanlah aku dalam husnul khatimah, Dalam keadaan Engkau redha padaku, Dalam keadaan aku masih menyebut nama-Mu. Temukan aku dengan orang-orang yang aku sayangi, Di dalam syurga-Mu yang abadi. Amin Ya Rabbal ‘Alamin…” #KakFelMenulis
10 Tanda isteri yg takkan tinggal suami walau susah ( No9 paling susah nak jumpa zaman sekarang ) Isteri yang setia waktu susah… bukan sebab dia tak ada pilihan lain, tapi sebab dia dah pilih untuk jadi teman hidup .. bukan hanya teman senang. Dia percaya, cinta sejati itu bukan dibuktikan waktu mewah… Tapi waktu air mata suamj jatuh tanpa suara .. dia masih di situ, genggam tangan suami…dan bisik perlahan.. “Kita masih ada Allah. Kita masih ada satu sama lain.” Itulah wanita yang tak akan pergi. #KakFe#KakFelMenulisf#tipsfelinnafattahfelinnanadea
Kenapa Rumahtangga Dulu Kekal Lama ? Akhirnya… Bukan sebab cinta sekarang tak tulen. Cuma dunia bergerak terlalu laju, dan hati manusia dah terlalu penat. Kita lupa, rumahtangga bukan pasal siapa paling sempurna, tapi siapa yang paling rela belajar, sabar, dan berjuang. Kalau nak bahagia macam orang dulu, kena kembali pegang apa yang mereka pegang.. Tuhan di depan, sabar di tengah, dan redha di hujung. #KakFelMenulis #tipsfelinnafattah #tipsfelinnanadea
Maaf tu bukan benda yang kita tekan butang terus jadi. Kadang lidah dah cakap “Aku maafkan…” Tapi hati masih berdarah, masih trauma. Aku bukan pendendam. Aku cuma luka… Dan aku cuma perlukan masa.
10 BUKTI UJIAN BUKAN HUKUMAN TAPI HADIAH.. Jangan salah faham… ujian bukan semata-mata hukuman. Kadang ia adalah hadiah yang Allah balut dengan kesedihan, tapi di dalamnya penuh kasih sayang dan hikmah yang belum kita nampak sekarang. Ini 10 Tanda anda sedang diuji bukan dihukum. #KakFelMenulis #tipsfelinnafattah #tipsfelinnanadea
Sambungan point 10 10. Doa atau restu pun dah tak disebut-sebut – hilang spiritual connection dalam hubungan. "Kadang bukan sebab dia benci, tapi terlalu lama terluka, kecewa, atau penat mencuba. Bila hati dah tawar, cinta pun perlahan-lahan tenggelam."
7 ILMU HEBAT KEKAL TENANG ( No 4 tu Power Betul ) Dalam dunia yang penuh bising, tenang adalah suara paling lantang. Bukan semua orang boleh kekal tenang.. tapi bila kita belajar tahan diri, Allah akan hadiahkan kita sesuatu yang orang lain tak nampak: jiwa yang tak mudah goyah. #KakFelMenulis #tipsfelinnafattah #tipsfelinnanadea